KHAMILRADENEMAS

KHAMILRADENEMAS
KHAMILRADENEMAS


Monday, February 14, 2011

NAK SIMPAN WANG KERTAS?KETAHUI RAHSIA WANG SEBENAR..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..
Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?
Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!
Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?
Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya
Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,

kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.
Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Betul tak?
maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


Ringgit Malaysia – wang kertas kita



Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!



Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?






 Duit ni nak g beli emas lagi, insya' Allah, jika kita laburkan duit dengan emas fizikal, insya' Allah akan membawa pulangan dan keuntungan yang lumayan kerana kenaikan harga dan nilai emas ialah 27 % setahun.









Fungsi-Fungsi Wang.
Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.
Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.


Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir :

11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.  Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak? Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie? Memang sah tak bagus

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842








Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.









Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:
Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas

Survey

Ok, saya nak buat sedikit survey, harap anda semua dapat mengambil bahagian

Tahun 2010: Bagaimana dengan pelaburan emas anda?
  • Saya belum mulakan lagi. Akan mulakan pelaburan emas tahun ini
  • Saya dah beli emas. Tahun nie saya akan tambah lagi.. dan lagi..
  • Tahun depan saya akan mulakan pelaburan emas
  • Saya tak minat dengan pelaburan emas
 SELAMATKAN NILAI WANG ANDA DENGAN MEMBELI EMAS........

AR RAHNU : TALIAN HAYAT USAHAWAN DAN PENIAGA

 SUMBER : BERITA HARIAN


SABTU; 6 November 2010

Ar-Rahnu: Talian Hayat Usahawan Koperasi

Hapuskan unsur riba, gharar sistem pajak gadai konvensional

PINJAMAN cara mudah atau lebih dikenali sebagai hutang kerap menjadi alternative bagi mereka yang terdesak atau memerlukan kewangan segera. Satu cara memenuhi keperluan kewangan sedemikian ialah mendapatkan perkhidmatan pajak gadai.

Perkhidmatannya bersandarkan satu bahan cagaran. Sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan atau barangan yang digadaikan itu tidak dapat ditebus, ia dikira hangus atau sebagai ganti menyelesaikan hutang.

Aktiviti pajak gadai di Malaysia sudah lama bertapak. Secara umum, wujud dua cara pelaksanaan pajak gadai di Negara ini iaitu pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu.

Pajak gadai konvensional lebih bermotifkan keuntungan. Walaupun Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan-Peraturan Pajak Gadai 1972 bertujuan menjamin industri pajak gadai yang sihat, disamping melindungi kepentingan pengguna, namun pajak gadai konvensional lazimnya mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Sehubungan itu Ar-Rahnu diperkenalkan sejajar usaha menghapuskan unsur riba dan gharar dalam sistem pajak gadai konvensional.

Pajak Islam pertama di Negara ini, Muassasah Gadaian Islam Terengganu, ditubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Terengganu pada Januari 1992. Penubuhan pajak gadai ini menarik minat Permodalan Kelantan Berhad yang juga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi mewujudkan Kedai Ar-Rahnu di Kelantan pada tahun berikutnya.

Galakan untuk koperasi terbabit dalam aktiviti Ar-Rahnu bermula apabila Bank Rakyat memperkenalkan muamalat ini dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) pada 1993. Kejayaan dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat terhadap inisiatif ini mendorong koperasi lain untuk turut sama menyertainya.

Pemindahan pengalaman dan kepakaran sistem perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat melalui francais Ar-RahnuX’Change kepada koperasi mulai 2008 menyemarakkan lagi penyertaan koperasi di dalam aktiviti Ar-Rahnu sebagai francaisi.

Bagaimanapun, beberapa koperasi memilih melaksanakan aktiviti ini secara bersendirian, khususnya koperasi pelapor sebelum Ar-RahnuX’Change melebarkan sayapnya kepada koperasi-koperasi lain.

Pembukaan Ar-Rahnu di Negara ini dapat menawarkan kemudahan mikro kredit alternatif secara mudah dan cepat kepada masyarakat terutama golongan peniaga dan pengusaha kecil bagi tujuan modal perniagaan dan aktiviti-aktiviti produktif lain.

Sistem Ar-Rahnu tidak bergantung kepada kadar faedah pinjaman yang sentiasa turun naik mengikut pasaran dan iklim ekonomi. Peminjam akan dikenakan upah simpan berdasarkan harga semasa emas sahaja.

Konsep Ar-Rahnu yang berasaskan syarak tanpa riba menjadi antara sebahagian cirri perkhidmatannya yang menarik ramai pelanggan, malah pelanggan juga dapat berkomunikasi dengan jelas, ruang kemudahan dan rundingan yang luas serta mesra pelanggan yang mana bayaran balik pinjaman dan upah simpan boleh dibuat secara ansuran selain tempoh pinjaman boleh dipanjangkan.

Caj perkhidmatan yang dikenakan juga rendah dan tidak membebankan. Sekiranya peminjam gagal menebus barang gadaian, pengusaha akan membuat lelongan dan hasil lelongan itu selepas ditolak pinjaman, upah simpan serta kos-kos lain akan dipulangkan kepada penggadai.

Selain AGRO BANK, Bank Rakyat dan Koperasi YPEIM Berhad, antara koperasi lain yang terbabit dalam perniagaan ini termasuk Koperasi Permodalan Kelantan Berhad; Koperasi Pekebun Getah Jajahan Kota Bharu, Bachok dan Tumpat Berhad; Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Bada-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN) Berhad serta Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad.

Bagi peniaga kecil yang tidak mempunyai tabungan mencukupi dan sukar mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, skim Ar-Rahnu yang ditawarkan koperasi boleh menjadi penyelamat. Malah, skim pajak gadai Ar-Rahnu memiliki kelebihan berbanding pajak gadai konvensional dari segi caj perkhidmatan yang rendah; tiada unsure riba; barang kemas yang disimpan selamat; tiada unsur penipuan sewaktu membuat timbangan dan tempoh bayaran balik yang munasabah.

Usaha meningkatkan lagi penyertaan koperasi dalam aktiviti Ar-Rahnu adalah langkah murni yang mungkin dapat menyelamatkan banyak pihak daripada menjadi mangsa cengkaman ah long.

Di pihak koperasi pula, ini adalah satu cabang perniagaan yang patut diterokai kerana potensi pasaran yang masih luas terbuka dan menjanjikan pulangan konsisten yang terjamin dan selamat bersandarkan cagaran emas.

Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semasa menjalani ibadah puasa.

Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.

Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.


Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu

Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank.
















Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.

Memang best sangat.


Gambar: Gold bar  dan Public Gold


Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:
1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)



Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70% diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut… hehehe money is only a tool to make more money.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.

p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)

p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Rahnu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.

Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:





Surat-surat gadaian saya di Ar-Rahnu Agrobank. Kalkulator tu untuk kira untung

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai keistimewaan Ar-Rahnu.
Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang 6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo…)

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma dibayar 6 bulan akan datang.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam) Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong. Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank. Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya. Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru iaitu pelabur emas. Ini kerana trend pelaburan emas telah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Sunday, February 13, 2011

Dinar dalam mas kahwin (mahar)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca…masih lagi seronok dengan kenaikan harga emas….dalam keseronokkan kita ada jugak yang berduka..yelah hanya orang yg ada emas saja yg seronok…bagi yang tak ada emas tapi mampu beli ashik nak tunggu harga emas rendah saja..penat la…benda yg tak dijangka…kita bukan boleh ramal harga emas turun serendah mana….lagi kesian bagi orang-2 yg tak beli emas langsung sebab tiada duit…sebab tue kita kena ambil langkah permulaan…kerana harga emas senttiasa naik..insyaallah…cuba lihat harga dibawah



harga emas sekarang untuk emas916 sahaja sudah RM151/gram…pergg jadi agak-agak harga emas tahun depan akan naik atau turun?ingat tuan-taun dan puan-puan….HARGA EMAS SEKARANG ADALAH LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN HADAPAN….faham formula nie..insyaallah para pembaca takkan tertunggu-2 dan tercari-2 bilakah masa yg sesuai untuk beli emas….jawapannya BELILAH EMAS BILA KITA ADA DUIT MENCUKUPI



saudagar emas amin nak menceritakan kembali apa yang dikongsikan oleh sahabat "geng916" yang juga merupakan master dealer public gold iaitu pasal pengunaan dinar dalam MAHAR (mas kahwin)..hehehe saudagar emas amin nak berkongsi kepada anda semua para pembaca mengenai pekara ini..sebenarnya ada seorang pelangan "geng916" ini telah mengunakan dinar sebagai mahar ….beliau adalah saudara faiz bin muhammad fadillah …dia mengunakan 2 keping 1 Dinar yang pada masa dia beli itu harganya adalah RM602….dia bernikah pada 10/10/2010..hehehe tarikh yang cukup porpular pada masa tue..orang pakat kahwin….



jadi dia mengunakan dinar..ok lihat gambar dia




inilah dia dinar yang dibeli oleh Faiz….harganya RM602 sekeping…jadi 2 keping berharga RM1204…..ini dibeli sebul 10/10/2010….anda semua tahu berapa harganya sekarang? saudagar emas nak bagi link…para pembaca tengok sendiri, klik je tulisan biru kat bawah ni….


http://www.publicdinar.com.my/


check sendiri…cuba tengok harga nya berubah….adakah semakin naik atau semakin turun…kalau turun adakah harganya akan turun dari RM602?..jadi tengok la sendiri…faiz sayangkan isterinya…wanita adalah umpama emas…kerana nilai emas bukan terletak kepada saiznya, bukan terletak kepada designnya, bukan terletak pada saiznya ataupun bukan terletak kepada syarikat pengeluarnya..nilai emas terletak kepada ketulenan dan beratnya sahaja….umpama wanita..kecantikan wanita bukan terletak kepada rupanya,bentuk badannya, tetapi sifat,sikap,imanya dan kesetiaanya serta perasaannya kepada suami..mari lihat…lagi gambar orang kawin guna dinar




(sumber:- www.bijakemas.com)



(sumber:- www.bijakemas.com)


amacam…taknak join ke?kan best jika anda ada emas diberikan kepada bakal isteri anda..ini jugak dinamakan pelaburan….bayangkan jika 10thn akan datang berapa harga dinar-2 yg kita berikan kepada isteri kita masa kahwin?fikirkankanlah



berminat nak tahu?hubungi saja saudagar emas amin atau saudagar emas nisa' di talian 012-6773480 & 012-7791150

MENYINGKAP TIRAI SEJARAH NUZUL AL - QURAN

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”

FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

‘Nuzul’ merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan antara ke tiga ayat di atas . Al-Syeikh Ab Rahman al-Sa’adiy menjelaskan dalam tafsir Taysir al-Karim al-Rahman, ‘malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalamNya buat pemimpin umat sejagat nabi Muhammad yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri

Menurut al-Syeikh Manna’ Qattan dalam Mabahith Fi Ulum al-Quran ke tiga ayat ini secara dasarnya menunjukkan penurunan berlaku pada bulan ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradisinya menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Ini disebabkan pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berpandu pada ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal adalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran.

Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu,maksudnya :

"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…"



Menurut sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya dari Ibn Abbas , ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).

" Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…".



Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.



Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke "Baitul Izzah" di langit kedunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Menurut satu riwayat dari al-Hakim, al-Baihaqiy dan al-nasaei dari Ibn Abbas, beliau menjelaskan dari RasululLah saw bersabda :

“ Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun”



Al Quran pula telah diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah . Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenai sebagai Makkiyah sedangkan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah . Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adaah bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

1)Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.

Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)

Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32 maksudnya :

"……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?"

Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:

"….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".

Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus. Penurunan al-Quran ini pula berlaku dalam berbagai bentuk.

Menurut Safiyurrahman al-Mubarakfuriyy dalam al-Rahiq al-makhtum , Nabi Muhammad s.a.w. telah diwahyukan mengikut pendekatan-pendekatan berikut :

Menerusi mimpi yang benar ( al-Rukya al-Sadiqah )

Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan:

"Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezkinya yang telah ditetapkan oleh ALlah".

3)Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya dan peristiwa seperti ini sering disaksikan oleh para sahabat.

4)Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit:

" Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".

5) Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang sebenar sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 :

"Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".



Malaikat mewahyukan kepada Nabi dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda saw juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa.Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.



Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah: :
Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :



Peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.

"Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (17 : 88)



Peringkat kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:

“Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (11 : 13-14)



Peringkat ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya:

"Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38)

Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:

"Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (2 : 23 )



Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.

Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara , sosial , pendidikan , pengadilan , akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Adaptasi dari Theft of Nations -dengan cerita P. Ramlee



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah pulau yang bernama Isketambola, jauh di lautan. Sebuah pulau subur dengan tumbuh-tumbuhan subur dan buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai-sungai yang menyediakan air bersih bagi orang ramai dengan dan tempat-tempat indah untuk keuarga berekreasi. Lautan sekeliling bersih, dengan ikan berlebihan dan makanan laut lain yang banyak. Isketambola juga mempunyai emas, kaum wanitanya terutamanya, sangat mencintai emas, Mereka menggunakan keping - keping emas sebagai wang sejak dulu lagi kerana semua orang menghargai emas. Kepimpinan suku mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Ismet Ulam Raja, beliau mencetak duit syiling emas. Mereka hidup dalam sebuah kehidupan mudah, bekerjasama dan tidak ada caj faedah untuk pinjaman dalam pinjam-memimjam di antara mereka. Sekali-sekala, beberapa arus-arus ombak dan angin kencang memusnahkan beberapa harta, terutama rumah-rumah, tetapi komuniti ini akan segera membantu diri mereka dalam membina semula atau membaiki hartanah yang rosak. Selain daripada itu, mereka adalah sebuah komuniti yang aman , rakyat yang menjalankan kehidupan mereka dengan lemah lembut dan aman damai.



Satu hari, seorang lelaki berpakaian segak bernama Tuan Sadik Segaraga tiba dengan sebuah kapal di pantai Pulau Isketambola. Penduduk Pulau Isketambola, mengalu-alukan tetamu baru mereka dengan sangat mesra. Mereka sangat tertarik dengan cerita-cerita pengalaman Tuan Sadik Segaraga menjelajah ke seluruh dunia. Tuan Sadik Segaraga menunjukkan mereka beberapa duit syiling emas dari bahagian lain di dunia dan juga beberapa kertas-kertas yang digunakan oleh beberapa rakyat tempat lain sebagai wang.

Penduduk Pulau Isketambola tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini. Wang kertas itu malah mempunyai gambar-gambar pisang – buah kegemaran mereka. Orang yang tidak dikenali ini juga menunjukkan mereka sebuah mesin yang mencetak wang sedemikian. Wah! Ini telah mendapat perhatian Penduduk Pulau Isketambola , kagum kerana mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini. Penduduk-penduduk pulau sangat menyukai Tuan Sadik Segaraga, dan dijemputnya untuk tinggal dengan mereka di pulau itu.

TuanSadik Segaraga telah menyakinkan orang ramai bahawa sebuah institusi yang dipanggil sebagai bank akan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Mereka dijelaskan yang sebuah bank akan menyediakan sebuah tempat untuk simpanan wang emas dengan selamat manakala keadaan ekonomi mereka akan bertambah baik dengan membuat simpanan, dan dengan simpanan itu dapat dipinjamkan kepada orang lain untuk penggunaan yang produktif, daripada dibiarkan tidak bergerak. Penduduk Pulau Isketambola, satu bangsa yang sangat suka untuk membantu orang lain, berfikir itu adalah satu idea yang sangat baik. Tuan Sadik Segaraga kemudiannya membina struktur bangunan kecil dengan sebuah bilik kebal didalamnya dan mula beroperasi sebagai bank pertama di Pulau Isketambola.



Tuan Sadik Segaraga meraikan peristiwa tersebut dengan memberi penduduk-penduduk Pulau Isketambola satu kenduri besar bersama dengan satu pesta berwarna-warni. Orang ramai menyerbu untuk menabungkan duit syiling emas mereka dengan bank. Penyimpan-penyimpan telah diberikan sehelai kertas yang dicetak untuk setiap syiling emas mereka sebagai deposit, dengan jaminan bahawa mereka boleh menebus satu syiling emas untuk setiap kertas bila sahaja mereka kehendaki.. Orang ramai sangat teruja dengan kertas “wang” mereka, malah mendapati ada gambar pemimpin mereka, Ismet Ulam Raja di sebelah pokok pisang. Tanpa ragu-ragu , Ismet Ulam Raja juga sangat gembira!



Orang ramai pun mendeposit semua duit syiling emas mereka, sejumlah 100,000 kepingan-kepingan emas dan oleh itu satu nombor setara jumlah helai kertas yang sama telah keluarkan. Kini orang ramai menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati yang ianya lebih mudah daripada menggunakan duit syiling emas yakni lebih berat. Wang kertas yang dicetak oleh Tuan Sadik Segaraga oleh itu, menjadi mata wang dominan di Pulau Isketambola. Orang ramai amat suka dengan kemudahan yang mana mereka dapat menjalankan sesuatu perniagaan-perniagaan mereka dengan lebih mudah. Mereka sangat mempercayai Sadik Segaraga , kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas untuk penebusan emas, permintaan mereka ditunaikan. Sadik Segaraga amat disegani dan dihormati oleh masyarakat mereka.

Kini Sadik Segaraga memutuskan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk mereka melakukan “tipu muslihat” mereka.


Tuan Sadik Segaraga mendapati di Pulau Isketambola, pada puratanya hanya 10 peratus deposit telah ditebus oleh penduduknya pada mana-mana masa tertentu. Baki yang lain, 90 peratus tinggal dalam bilik kebal. Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Sadik Segaraga menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10 peratus, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan. 3


Tuan Sadik Segaraga meminjamkan tambahan 900,000 wang kertas kepada beberapa “rakyat miskin” Pulau Isketambola pada caj faedah 15 peratus. Rakyat Puau Isketambola tiba-tiba mendapati yang harga barangan semakin meningkat. Mereka merasa hairan dan tiada siapa boleh memahami mengapa.4



Sebahagian dari mereka yang telah meminjam wang dari Tuan Sadik Segaraga tidak berupaya membayar kembali hutang mereka walaupun mereka bekerja sangat keras mencuba untuk dapat wang tambahan itu.5



Perniagaan menjadi semakin kompetitif dan masyarakat menjadi semakin kurang belas kasihan dan kurang mengambil berat terhadap orang lain daripada sebelumnya.6



Mereka menjadi amat kompetitif dalam sikap mereka dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Meskipun dengan kerja keras dan persaingan sedemikian, beberapa penduduk tidak dapat melunaskan pinjaman mereka. Mereka tidak berupaya memperoleh cukup wang membayar kembali jumlah hutang mereka.7



Tuan Sadik Segaraga mula merampas kekayaan sebenar dari pemungkir-pemungkir janji pinjaman –seperti tanah, lembu-lembu, biri-biri, dan lain-lain. Pemimpin mereka Ismet Ulam Raja juga termasuk antara mereka yang gagal membayar. Tetapi Tuan Sadik Segaraga memberinya dan penduduk lain kertas tambahan sebagai penjadualan semula pinjaman mereka. Hutang mereka semakin bertambah. Kemudian Ismet Ulam Raja gagal membayar lagi dan membuat pinjamannya dijadualkan semula sekali lagi. Kini Ismet Ulam Raja mula mengelak bertemu dengan Tuan Sadik Segaraga. Dia berasa malu dan mendapati kuasanya, ego, keberanian dan maruah telah jatuh.8



Sebaliknya, dia mendapati Tuan Sadik Segaraga dengan perlahan-lahan menjadi sangat kaya dengan memperolehi kekayaan dari rakyatnya. Malah, dia mendapati yang kuasa, ego, keberanian dan maruahnya semakin hilang. Selepas beberapa tahun, Tuan Sadik Segaraga yang tiba di pantai Isketambola dengan hanya satu mesin cetak, kini menjadi pemilik-pemilik kebanyakan dari tanah dan harta di pulau Isketambola. Orang ramai telah berjaya dijadikan sebagai pekerja-pekerja sahaja, sebahagiannya kini hidup dalam kemiskinan. Ramai yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama hanya untuk mempunyai cukup wang untuk menyara hidup. Mereka mempunyai masa yang amat sedikit untuk keluarga, sahabat handai dan amat sedikit untuk aktivi keagamaan.

Bencana kemiskinan membawa bersamanya, bencana sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan keruntuhan yang semakin parah. Budaya mereka beransur-ansur digantikan kerana Tuan Sadik Segaraga memperkenalkan satu budaya baru “hebat”, budaya “hebat” golongan yang kaya mengatasi rakyat miskin.

Beliau tidak berhenti disitu , sekarang ialah masa untuk kembali ke tempat asalnya bersama dengan emas – emasnya. Syiling emas tidak dapat ditebus lagi . Sebuah Bank Pusat ditinggalkan untuk penduduk Pulau Isketambola. Tuan Sadik Segaraga membuat Bank Dunia ditempatnya, dimana semua bank pusat diletakkan dibawahnya. Sementara wang cetakan Pulau Isketambola hanya laku di Pulau itu sahaja. Wang cetakan Tuan Sadik Segaraga di Bank Dunia pulak laku di serata dunia. Bergembiralah Tuan Sadik Segaraga diatas kekayaannya memiliki kekayaan dunia dengan mencetak wang yang diperlakukan di seluruh dunia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 Ini ialah gambaran bagaimana wang dicipta dalam sistem perbankan semasa dalam agregat. Jika rizab ialah 10 peratus, kemudian dengan satu deposit 100,000 satu jumlah pinjaman yang baru telah dapat diwujudkan dengan jumalah 100,000/0.10 = 1,000,000



4 Ini ialah untuk mudah melihat dengan bantuan persamaan pertukaran, MV = PY.

Money Velocity = Price Yield. Dalam contoh ini, dengan peningkatan mendadak dalam bekalan wang M, tanpa satu tambahan selari dalam keluaran sebenar barangan dan perkhidmatan Y, harga akan meningkat, i.e. maka P akan mengkhusus kepada peningkatkan ( laju, V, adalah diandaikan tidak berubah dan malar).



5 Pinjaman (termasuk faedah) tidak boleh dibayar balik dalam agregat kerana bahagian faedah tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan yang kepentingan 15% pada 900,000 sama dengan 135,000. Lantarannya jumlah keseluruhan wang yang boleh dibayar balik ialah 1,035,000 tetapi walau bagaimanapun, hanya 1,000,000 wujud dalam jumlah sebagai wang dalam keseluruhan sistem. Oleh sebab itu, beberapa kegagalan pada pinjaman pasti berlaku.



6 Oleh kerana caj faedah tidak wujud dalam bentuk wang, maka akan berlaku persaingan dalam meningkatkan perdagangan.



7 Sekali lagi, kerana tidak ada cukup wang dalam sistem itu secara keseluruhannya hutang itu tidak boleh dibayar balik dalam agregat.



8 Bayangkan yang anda meminjam RM10,000 dari seorang kawan. Adakah anda fikir kelakuan anda keatas kawan akan berubah, kata apabila anda bertemu kawan di jalan? Terutama apabila masa ditetapkan untuk pulangan pinjaman telah tamat tempoh?


so ape lagi tunggu?beli dan simpan emas dari saya khamilradenemas anda tak akan rugi......

"Antara emas dan wang Kertas"

Terdapat perbezaan yang amat ketara antara emas dan wang kertas. Wang kertas yang ada sekarang sebenarnya hanya bernilai jika diistiharkan nilainya oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi nilai emas tiada hadnya dan seluruh dunia mengistiharkan nilainya.

Cuba anda bawa RM5000 ke Singapura dan anda ingin membeli makanan di di sana. Anda rasa mereka terima tak duit anda itu ?Tidak bukan. Anda mesti tukarkan dahulu duit berkenaan ke matawang dolar Singapura. Ini bermakna duit RM kita itu tidak bernilai langsung atau jatuh nilainya.

Tetapi cuba anda bawa emas. Mereka semua pasti mengenali emas dan mengiktiraf bahawa emas adalah sesuatu yang amat bernilai harganya.

Saya bagi contoh satu lagi situasi. Katakan negara kita menghadapi peperangan dan tidak aman lagi. Semua bangunan dimusnahkan dan kita hanya ada satu jalan lagi untuk menyelamatkan diri iaitu keluar dari Malaysia.

Ketika anda hanya sempat mengeluarkan duit sebanyak RM50 ribu sahaja. Cuba bayangkan saiz beg yang perlu anda pikul untuk memuatkan wang sebanyak RM50 ribu? Dan apabila anda menjejakkan kaki ke negara lain, adakah wang RM50 ribu adalah bernilai RM50 ribu di negara tersebut? Sudah tentu jatuh nilainya lebih - lebih lagi jika negara anda mengalami peperangan. Inilah yang berlaku pada nilai matawang Iraq.

Ketika peperangan, nilai matawang Malaysia akan jatuh dan nilai RM50 ribu hanyalah bernilai RM10 ribu. Nampak bukan bagaimana rapuhnya nilai matawang.

Tetapi jika kita mempunyai 1/2 kg emas iaitu berharga RM50 ribu, kita tidak perlu membawa beg besar - besar untuk memuatkan emas. Malah harga emas tetap sama walau di mana negara anda berada. Jadi disini jelas menunjukkan kehebatan emas berbanding wang tunai kertas.

Simpan Dinar Turunkan Kos Haji dan Umrah..Bagaimana?



Ya memang benar. Disebabkan kesan daripada nilai emas di pasaran dunia semakin naik dari tahun ke tahun, maka begitu juga nilai dinar turut akan naik. Marilah kita lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun.




Bahkan, prestasi harga emas untuk 10 tahun naik sehingga 398% dan purata 25% – 37% setahun. Berikut contoh prestasi harga untuk 2009 cecah 37%:

Harga Emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 /Oz

Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 /Oz

Sumber : http://www.lbma.org.uk/  (klik sini)


Cuba lihat jadual perbandingan harga dinar dari PublicDinar dibawah:




 
Kemudian, mari kita tengok sedikit kajian yang dilakukan oleh Ust Rafidi Hashim (dinar2dirham.com) bagaimana kos haji akan turun jika dinilai dengan Dinar Emas:















(sumber: http://www.dinar2dirham.com/)



Rujuk graf di atas tahun 2002, kos Haji adalah setara dengan 63 dinar. Manakala, pada tahun 2009 kos Haji hanya setara 21 dinar jika dibandingkan dalam RM. Wah! hebat betul sebanyak 66% kos Haji dapat dikurangkan. Tidak mustahil jika 21 dinar sekarang (2010) jika disimpan selama 5 atau 6 tahun akan datang sudah cukup untuk membiaya 2 orang bakal haji.

Kepada sesiapa merancang untuk menunaikan umrah atau haji dalam masa 5 tahun dari sekarang. Nah! simpanlah dinar Emas sekurang-kurangnya 3,4 keping setahun.

Saturday, February 12, 2011

ILMU DAN EMAS


Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat sejahtera.


  
Biasanya saya update artikel seminggu sekali, tapi minggu nie saya bercadang tulis 2 artikel. First artikel ini - Ilmu dan Emas dan artikel kedua berkenaan memajak emas fizikal di Ar-Rahnu dan sedikit analisa berkenaan melabur emas dengan duit dari Ar-Rahnu. Untung ke tak untung?

  
Ok, Saya ada satu soalan cepu emas.

Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.

Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… sampai jadi billionaire

  
Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…

Jawapannya ialah ilmu

Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal

Tujuan saya menulis artikel artikel kat aminsgold.com nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Dulu anda tak tahu pasal pelaburan emas. Sekarang anda dah pun berilmu… dah pandai pun… kalau tak pandai lagi pun at least boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?

  
Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.

  
Saya selalu dapat soalan-soalan seperti ini..

  
“Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?”

  
Jawapan ikhlas saya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

  
Contohnya..

jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.

 Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…

 jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing…

 jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..

 jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan…

 jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…

 Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

 “Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,

 “Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,

 “dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

  
Wah! menarik betul pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita ya? Pendek tapi padat.

 Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

 Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

 Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

 Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:

 “Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan

 harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”

 “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”

 “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”

 “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”

 “Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”

 “Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”

 “Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”

 “Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”

  
Pak Hamka pula berkata:


”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,

ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,

kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”


Jadi, untuk pembaca jutawanemas.com sekalian, marilah sama-sama kita mencari ilmu yang bermanfaat dan kita kongsikan ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Semoga kita mendapat manfaat dariNya.


Ok, sekarang mari kita buat undian. Meh sama-sama jawab dengan ikhlas
 Jika saya diminta memilih antara segunung ilmu dan segunung emas.

 Sudah tentu saya akan memilih:

  • Saya pilih segunung ilmu..
  • Saya nak segunung emas.. pakcik kayo...
  • Saya nak 1/2 gunung ilmu dan 1/2 gunung emas
  • Saya nak 3/4 gunung ilmu 1/4 gunung emas
  • Saya nak 3/4 gunung emas dan 1/4 gunung ilmu
  • Saya tak tau nak pilih yang mana satu