Cuba anda bawa RM5000 ke Singapura dan anda ingin membeli makanan di di sana. Anda rasa mereka terima tak duit anda itu ?Tidak bukan. Anda mesti tukarkan dahulu duit berkenaan ke matawang dolar Singapura. Ini bermakna duit RM kita itu tidak bernilai langsung atau jatuh nilainya.
Tetapi cuba anda bawa emas. Mereka semua pasti mengenali emas dan mengiktiraf bahawa emas adalah sesuatu yang amat bernilai harganya.
Saya bagi contoh satu lagi situasi. Katakan negara kita menghadapi peperangan dan tidak aman lagi. Semua bangunan dimusnahkan dan kita hanya ada satu jalan lagi untuk menyelamatkan diri iaitu keluar dari Malaysia.
Ketika anda hanya sempat mengeluarkan duit sebanyak RM50 ribu sahaja. Cuba bayangkan saiz beg yang perlu anda pikul untuk memuatkan wang sebanyak RM50 ribu? Dan apabila anda menjejakkan kaki ke negara lain, adakah wang RM50 ribu adalah bernilai RM50 ribu di negara tersebut? Sudah tentu jatuh nilainya lebih - lebih lagi jika negara anda mengalami peperangan. Inilah yang berlaku pada nilai matawang Iraq.
Ketika peperangan, nilai matawang Malaysia akan jatuh dan nilai RM50 ribu hanyalah bernilai RM10 ribu. Nampak bukan bagaimana rapuhnya nilai matawang.
Tetapi jika kita mempunyai 1/2 kg emas iaitu berharga RM50 ribu, kita tidak perlu membawa beg besar - besar untuk memuatkan emas. Malah harga emas tetap sama walau di mana negara anda berada. Jadi disini jelas menunjukkan kehebatan emas berbanding wang tunai kertas.
No comments:
Post a Comment